JURUKIMPAL LOGAM BERPERISAI KELULI KARBON (WELDER) H-024-1
Kursus ini direkabentuk mengikut keperluan industri dalam bidang kimpalan. Pembangunan pesat khususnya dalam bidang minyak dan gas dijangka akan meningkatkan keperluan pakar dalam bidang ini khususnya di Sabah. Atas faktor inilah penglibatan sektor swasta dalam meningkatkan kemahiran di sektor kimpalan dijangkakan akan menyumbang kepada pertumbahan industri yang berkaitan.
Keterangan Kursus
Kursus ini memberi peluang kepada pelatih untuk mendalami kemahiran bagi jurukimpal logam berperisai. Pelatih juga akan diajar mengenai kaedah pemotongan, membuat kimpalan jenis arka logam, membuat kimpalan logam, membaca simbol dan blue print serta menguji sambungan kimpalan. Pelatih akan berpeluang belajar secara sepenuh masa, dipantau oleh tenaga pengajar. Selain itu pelatih juga akan didedahkan dengan asas perniagaan dalam sektor kimpalan yang dijalankan di Pusat Bertauliah.
Kandungan Pembelajaran
-Workshop safety rules
- Personal Safety
- Fire safety
- Technical drawing
- Welding consumables
- Welding materials
- 16' Disc cutter
- 9' Power SAW
- Oxy-Ace cutting process
- SMAW 1G Plate
TEMPOH PENGAJIAN
Tahap 1 ( 6 bulan)
Tahap 2 ( 6 bulan)
**Bergantung kepada perubahan semasa
Kelayakan
- Sekurang-kurangnya lulus dalam Peperiksaan UPSR atau PMR
- Sekurang-kurangnya 15 tahun keatas dan tidak melebihi 35 tahun
- Warganegara Malaysia
Tajaan
Bergantung pada tawaran, syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penaja.