MEKANIK KENDERAAN MOTOR (AUTOMOTIF ) P-115-1
Program ini direkabentuk untuk pelatih-pelatih yang berminat untuk menceburi bidang mekanik kenderaan bermotor. Program yang dijalankan adalah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh  Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) iaitu Standard  Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK).

Keterangan Kursus
Kursus ini memberi peluang kepada pelatih untuk mengetahui bidang automotif dan mendalami sistem sesebuah kenderaan bermotor. Semasa latihan pelatih akan didedahkan kepada perkara yang berkaitan   termasuklah mengenal jenis - jenis enjin, menyelenggara dan membaikpulih kerosakan yang berlaku pada bahagian enjin. Selain itu juga pelatih didedahkan dengan kerja-kerja rutin pada kenderaan seperti  membaikpulih  sistem  penyaman  udara, membaikpulih sistem brek, sistem penyerap hentak dan juga kerja-kerja overhaul enjin.

Kandungan Pembelajaran
Periodical maintenance & servicing ( Petrol Engine)
Periodical maintenance & servicing (Diesel Engine)
Petrol engine repair
Petrol fuel system
Auto electrical system
Braking system
Suspension system
Steering system
Manual transmission system

TEMPOH  PENGAJIAN
Tahap 1 ( 6 bulan)
Tahap 2 ( 6 bulan)
*Bergantung kepada perubahan semasa

MEKANIK KENDERAAN MOTOR